Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan kuew teaw latna untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? 15 nov 2007 tarikh keramat kita. Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Hello kitty seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
Friday, 23 September 2011
kisah akuuu n dieee.....:'(
Posted by muhammad_hasif91 at 01:52 0 comments
Thursday, 22 September 2011
tuan lembu=lembu
:::LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP:::.
Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...
LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama. ... ...
LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.
tiba2 kedengaran laungan azan....
LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.
LEMBU: samalah kita.
LELAKI: ???????????
Posted by muhammad_hasif91 at 10:22 0 comments
pelayan vs pelanggan
Pelanggan: Hei budak, meh sini kejap.
Pelayan: Ya saya. Ada apa encik?
Pelanggan: Saya ada masalah dengan sup saya ni.
Pelayan: Kenapa encik?
Pelanggan: Cuba kamu rasa sup ni. ... ...
Pelayan: Kenapa? Sup ni terlalu masin ke encik?
Pelanggan: Tak. Cuba kamu rasa dulu.
Pelayan: Ke sup ni terlalu panas?
Pelanggan: Tak. Cuba kamu rasa dulu.
Pelayan: Ok, baiklah. Erm, mana sudunya?
Pelanggan: Haaa. Itu la masalah dia.... =.="
Posted by muhammad_hasif91 at 10:12 0 comments
markah abjad...;)
kalo A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z sama dengan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 ... jadi....
H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 =96%
L+O+V+E=12+15+22+5=54%
L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%
Ini sume x dpt markah penuh...tapi “attitude”
A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Attitude plg penting...:)
H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 =96%
L+O+V+E=12+15+22+5=54%
L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%
Ini sume x dpt markah penuh...tapi “attitude”
A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Attitude plg penting...:)
Posted by muhammad_hasif91 at 09:54 0 comments
sahabat....;)
~ ♥ ~ "Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,mendahulukan atas nama kebajikan,menyimpan keaiban mu atas nama kejujuran,menegur kelemahan mu atas nama kebaikan,memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari..." ~ ♥ ~
Posted by muhammad_hasif91 at 09:53 0 comments
perempuan......
Perempuan yang PALING mahal ialah Allah dan Rasul dihatinya benci semua yg dibenci Allah dan Rasul, suka semua yg disukai Allah dan Rasul menjaga adab dan akhlaknya tidak suka terlampau2 ber "so" sial murah mas kahwinnya menerima qadak dan qadar seadanya tidak suka membantah selalu tawaduk/merendah diri merasakan dirinya belum sempurna pandai menjaga hati orang lain menjaga kehormatan dan maruahnya (menutup aurat) suka menerima teguran tidak mudah berputus asa tidak melampau2 di dalam berhias (tabaruj) sedikit makan dan minum tidak suka makan benda2 yang busuk jika berhutang budi,dia pasti membalasnya semula, tidak suka memperalatkan orang lain, tidak suka riak dan membangga diri gembira ketika dipuji dan dihina tidak suka berjanji atau bersumpah, takut2 tidak dapat menunaikannya menganggap dialah insan yang paling hina berbanding orang lain suka menunaikan permintaan org lain seadanya pandai melayan tetamu sebaik2nya suka melemparkan senyuman yang manis sopan dan lembut di dalam tutur katanya cintakan masjid dan surau walau tidak dpt hadir kasih kepada orang yg ikut Allah dan Rasul merasakan ilmu agamanya masih sedikit walaupun telah banyak jika tidak mampu meninggalkan maksiat, maka dia banyak melakukan kebaikan jika tidak mampu melakukan kebaikan , maka dia banyak meninggalkan maksiat tidak suka berprasangka jahat kepada orang lain malah selalu berprasangka baik TAKUT segala ibadatnya x diterima-NYA tp berHARAP agar ibadat diterima-NYA bermurah hati, suka bersedekah, tidak kikir/kedekut/tangkai jering tidak suka menunjuk2 dan bermegah2 tentang kecantikannya pemalu apabila bercakap tetapi peramah orangnya biarlah dirinya hina dimata masyarakat, tapi mulia disisi Allah mahukan pasangan yang terbaik bknlah dr pandangannya tp dr pandangan Allah apabila dia salah, dia mengakui kesalahan, cuma insan/hamba biasa apabila dia betul, dia berkata benar dengan selembut2nya apabila dia merasakan hati orang lain terguris, dia sukar untuk melupakannya apabila hatinya terguris, dia cepat2 melupakannya cintakan undang2 ciptaan Allah bukannya undang2 taughut (ciptaan manusia)
Posted by muhammad_hasif91 at 09:52 0 comments
anak beranak sama pangai.... hahaha
Ayah membeli sbuah robot mengesan penipuan. Kalau ada penipuan robot tu akn tampar org tu. Jd,Ayah test robot tu masa mkn mlm:
Ayah: Alim pergi mana mse skolah td?
Alim: Kt skolah lah(pang!!..robot tampar)Ok,Alim gi tengok wayang!
Ayah: Citer ape? Alim: Harry Potter(robot tampar lagi!)
Alim: Ok,Alim tgk cite 18SX
Ayah: Apa?Masa ayah sebaya Alim, ayah xpnah tau pe itu benda2 lucah smua!(robot tampar ayah)
Mak: Hahahaa! Mmg terbukti Alim tu ank awk!(robot tampar mak)
Posted by muhammad_hasif91 at 09:50 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)